Tuesday 10 March 2009

Pakej RM60 bilion @ bajet mini 2009

sumber: utusan online

KUALA LUMPUR 10 Mac – Melebihi jangkaan! Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan tambahan berjumlah RM60 bilion – suntikan yang dijangka mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap kesan kemelesetan global dan pada masa sama, memastikan kesejahteraan rakyat.

Pakej yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu lebih sekali ganda daripada sekurang-kurangnya RM30 bilion atau 30 peratus daripada Bajet 2009 yang diharap-harapkan oleh pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi.
Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.

- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;

- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan


Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, Najib berkata, Pakej Rangsangan Kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.

komen : bajet mini kali ini amat baik sekali. nampaknya pemimpin telah melakukan usaha yang serius untuk membantu rakyat dalam krisis ekonomi yang meruncing pada masa sekarang.

apa yang saya harapkan ialah sikap tanggungjawab badan-badan pelaksana yang ditugaskan oleh kerajaan agar bantuan betul2 sampai ke tangan rakyat.

No comments:

Post a Comment

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!