Wednesday 18 March 2009

AKU SUKA HIDUP SEDERHANA

Wilfred Hoffman, bekas duta Jerman di Algeria dan Moroko bercerita bahawa isterinya merasa malu setiap kali menghadiri majlis di kalangan diplomat atau pegawai di kedua negara itu. Sebabnya, isteri En. Hoffman tidak memiliki barang kemas dan baju gemerlapan, mahal dan mewah seperti yang biasa dipakai oleh isteri-isteri diplomat negara-negara Arab.

Beliau duta negara maju, gajinya tentu besar. Tetapi kenapa beliau memilih untuk hidup sederhana? Adakah beliau tidak mempunyai duit untuk menyenangkan isterinya?

Jawapannya jelas, tidak. Beliau hidup sederhana bukan kerana tidak mempunyai duit, tetapi kerana beliau memang sengaja memilih untuk hidup sederhana. Jadi hidup sederhana sebagai pilihan yang membanggakan, dan bukan sebagai keterpaksaan.

Mereka bangga dengan kesederhanaan itu. Ramai di kalangan tokoh-tokoh dan usahawan di negara-negara maju memilih hidup sederhana kerana merasakan hidup lebih bermanfaat dan bermakna.

Lebihan pendapatan mereka disalurkan kepada yayasan pemberi biasiswa, untuk orang-orang miskin di negara-negara berkembang, untuk berbagai kajian dan lain-lain.

Salah satu contoh yang paling terkenal ialah Albert Nobel. Inventor dan pemilik lebih dari 300 hak cipta berbagai penemuan teknologi baru. Beliau telah mendermakan seluruh harta kekayaannya untuk Nobel Foundation.Albert Nobel telah meninggal dunia puluhan tahun tetapi namanya selalu dikenang di seluruh dunia hingga sekarang. Kuncinya kerana beliau memilih untuk hidup sederhana.

Akhirnya En. Hoffman dan isterinya telah masuk Islam kerana terpikat dengan ajaran-ajaran Islam pada tahun 1980. Ketahui lebih lanjut tentang En. Hoffman di
http://www.islamicvoice.com

Tulisan ini bukan untuk menyuruh pembaca hidup miskin. Kita harus bekerja keras untuk menambah pendapatan dan apabila kita sudah kaya, janganlah mudah tertipu dengan nikmat dunia yang sudah pasti hanyalah sementara.

2 comments:

  1. thx for info...

    teruskan perjuangan bro... =)

    really2 love this blog

    ReplyDelete
  2. i like ur blog..
    i follow u. hope u 2

    ReplyDelete

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!