Sunday 15 March 2009

NILAI KASIH AYAH..







Seorang anak mendapatkan ayahnya yang baru balik dari kerja, lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ayah segera menanggalkan kasut dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ayah:
Tolong pergi kedai: RM 5.00
Tolong urut kaki: RM 7.00
Tolong gilap kasut: Rm 4.00
Tolong buat air: RM 3.00
Jumlah: RM19.00
Selepas membaca, si ayah tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ayah mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos membesarkanmu selama 8 tahun- Percuma
Kos membeli susu untukmu selama 8 tahun-Percuma
Kos membeli pakaian dan keperluanmu selama 8 tahun- percuma
Kos memberimu makan dan minum selama 8 tahun - Percuma
Kos menghantarmu ke sekolah _ Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu- Percuma
Jumlah keseluruhan nilai kasihku - Percuma
Air mata si anak jatuh setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ayah. Si anak menatap wajah ayahnya, memeluknya dan berkata "saya sayangkan ayah" Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya..

No comments:

Post a Comment

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!