Wednesday 11 March 2009

MAINAN KANAK-KANAK TIDAK MENARIK SYAITAN




Menurut buku Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, mainan kanak-kanak seperti teddy bear dan baby doll tidak menarik kedatangan syaitan.
A'isyah r.a pernah bermain-main dengan mainan seperti itu, dan nabi Muhammad saw tidak melarangnya.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Umm Al-Mu'minin A'isyah berkata,"Aku bermain-main dengan boneka di samping Rasulullah saw, dan di saat itu ada beberapa kawan yang menemaniku. Mereka takut kepada Rasulullah saw, dan bersembunyi. Padahal Rasulullah saw sangat suka bila mereka menemaniku dan bermain denganku.
Jin dan syaitan boleh melihat cahaya yang dikeluarkan oleh patung-patung dan gambar-gambar makhluk bernyawa, tetapi menurut Jin Islam sahabat Muhammad Isa Dawud, mainan kanak-kanak berupa patung menyinarkan cahaya yang agak kurang kerana berada di tangan kanak-kanak. Pengaruh mereka membuatkan cahaya mainan itu mengecil.
Jin Islam memberitahu tentang adanya magnetisme yang muncul kerana adanya patung-patung yang boleh menarik kedatangan syaitan-syaitan. Ia betul-betul magnet dalam erti sesungguhnya. Bahkan syaitan-syaitan itu menyedut-nyedutnya sebagaimana manusia menghisap suatu bauan yang harum. Syaitan-syaitan itu boleh melihatnya dari jauh, sebab patung-patung tersebut memiliki pantulan cahaya atau wap yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.
Ilmu pengetahuan moden telah membuktikan adanya cahaya magnetik pada setiap benda basah, atau benda mengalir, atau gambar yang bersifat cahaya, baik yang boleh dilihat manusia atau pun tidak.

1 comment:

  1. oooooo...... hmm... selama nie x terpikir pon begini... sebbek kau post.. kranya mmg menambah pengetahuan ler...

    ReplyDelete

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!