Monday 9 March 2009

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW






Baginda sering berkata benar sehingga digelar al-Amin kerana sikapnya itu.

Bersikap amanah sehingga Khadijah sanggup menyerahkan modal untuk baginda menjalankan perniagaan.

Baginda menjalankan perniagaan secara jujur dan layanan baik kepada pelanggannya.

Mampu memimpin kerana meletakkan semula Hajar Aswad di tempat sepatutnya.

Ketua keluarga yang pengasih dan bertimbang rasa kepada anak-anak dan isteri baginda.

Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Baginda merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Baginda sering berfikir dan prihatin terhadap kehidupan masyarakat zamannya yang penuh tidak bermoral.




No comments:

Post a Comment

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!