Friday 6 March 2009

NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM BUKU MICHAEL H. HART

Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
oleh Michael H. Hart


Pilihan saya yang jatuh kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama Seratus Tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan pembaca dan mungkin menjadi tanda tanya . Tetapi saya berpegang kepada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad yang merupakan satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya meraih kejayaan-kejayaan luar biasa sama ada diukur dari segi aspek agama mahupun ruang lingkup duniawi.


Berasal dari keluarga yang sederhana, Muhammad menegakkan dan menyebarkan salah satu daripada agama yang terbesar di dunia, Agama Islam. Dan pada masa yang sama baginda munsul sebagai seorang pemimpin yang berani, tulen, dan efektif. Kini tiga belas abad sesudah wafatnya, pengaruhnya masih tetap kuat dan mendalam serta berakar.


Sebagian besar daripada tokoh-tokoh yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan makhluk beruntung kerana lahir dan dibesarkan di pusat-pusat peradaban manusia, berkebudayaan tinggi dan tempat berlakunya politik bangsa-bangsa. Muhammad lahir pada tahun 570 M, di kota Mekkah, di bahagian selatan Jazirah Arab, suatu tempat yang waktu itu merupakan daerah yang paling termundur di dunia, jauh dari pusat perdagangan, seni mahupun ilmu pengetahuan. Menjadi yatim-piatu pada umur enam tahun, dibesarkan dalam situasi yang sederhana dan rendah hati. Sumber-sumber Islam menyebutkan bahawa Muhamnmad seorang yang buta huruf.



Keadaan ekonominya baru mula meningkat pada umur dua puluh lima tahun apabila baginda berkahwin dengan seorang janda berada. Bagaimanapun, apabila mendekati umur empat puluh tahun, petunjuk keluarbiasaannya sebagai manusia masih belum nampak.


Umumnya, bangsa Arab pada masa itu tidak memeluk agama tertentu kecuali menyembah berhala. Di kota Makkah terdapat sejumlah kecil pemeluk-pemeluk Agama Yahudi dan Nasrani, dan besar kemungkinan dari merekalah Muhammad untuk pertama kali mendengar perihal adanya satu Tuhan Yang Mahakuasa, yang mengatur seluruh alam. Tatkala baginda berusia empatpuluh tahun, Muhammad yakin bahawa Tuhan Yang Maha Esa ini menyampaikan sesuatu kepadanya dan memilihnya untuk menjadi penyebar kepercayaan yang benar.


Selama tiga tahun Muhammad hanya menyebar agama terbatas kepada kawan-kawan terdekat dan keluarganya. Apabila memasuki tahun 613M baginda mula tampil di depan umum. Apabila lama kelamaan baginda mempunya pengikut, penguasa Makkah memandangnya sebagai orang yang berbahaya, penimbul masalah. Pada tahun 622M, cemas terhadap keselamatannya, Muhammad berhijrah ke Madinah, kota di utara Makkah berjarak 200 kml. Di kota itu dia ditawarkan kedudukan kekuasaan politik yang cukup meyakinkan.


Peristiwa hijrah ini merupakan titik penting bagi kehidupan Nabi. Di Mekkah dia susah memperoleh sejumlah kecil pengikut, dan di Madinah pengikutnya makin bertambah sehingga dalam tempoh yang cepat dia dapat memperolehi pengaruh yang menjadikannya seorang pemegang kekuasaan yang sebenar. Pada tahun-tahun berikutnya sementara pengikut Muhammad bertambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan, beberapa siri pertempuran terjadi antara Makkah dan Madinah. Peperangan ini berakhir tahun 630M dengan kemenangan pada pihak Muhammad, kembali ke Makkah sebagai penakhluk. Baki dua setengah tahun dari hidupnya dia menyaksikan kemajuan luar-biasa dalam hal cepatnya suku-suku Arab memeluk Agama Islam.



Dan semasa Muhammad wafat pada tahun 632M, dia sudah memastikan dirinya selaku penguasa yang efektif seantero Jazirah Arab bahagian selatan.
Suku Badwi mempunyai tradisi turun-tumurun sebagai parajurit-parajurit yang handal dan berani. Tetapi, jumlah mereka tidaklah banyak dan sentiasa cenderung kepada perpecahan dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Itulah sebabnya mereka tidak dapat menewaskan tentera dari kerajaan-kerajaan yang hebat di daerah pertanian di sebelah utara. Tetapi, Muhammadlah orang yang pertama dalam sejarah, berkat dorongan yang kuat kepada kepercayaan kepada keesaan Tuhan, pasukan Arab yang kecil itu sanggup melakukan siri-siri penaklukan yang mengkagumkan dalam sejarah manusia. Di sebelah timur laut Arab terdapat Kerajaan Parsi Baru Sassanids yang luas.



Di barat laut Arab terdapat kerajaan Byzantine atau Kerajaan Romawi Timur dengan Konstantinopel sebagai pusatnya.
Ditilik dari sudut jumlah dan ukuran, jelas Arab tidak akan mampu menghadapinya. Namun, di medan pertempuran, pasukan Arab yang semangatnya membara bagaikan kilat dapat menakluk Mesopotamia, Siria, dan Palestin. Pada tahun 642M Mesir direbut dari genggaman Kerajaan Byzantine, dan sementara itu bala tentera Parsi dikalahkan dalam pertempuran yang amat menentukan di Qadisiya tahun 637 dan di Nehavend tahun 642.


Tapi, penaklukan besar-besaran --di bawah pimpinan sahabat Nabi dan penggantinya Abu Bakar dan Umar ibn al-Khattab-- itu tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti sampai di situ. Pada tahun 711M, pasukan Arab telah menyapu bersih Afrika Utara hingga ke tepi Samudera Atlantik. Dari situ mereka membelok ke utara dan menyeberangi Selat Gibraltar dan menyerang kerajaan Visigothic di Sepanyol.


Sepintas lalu orang mesti beranggapan pasukan Muslim akan menghambat habis semua Nasrani Eropah. Tapi pada tahun 732, dalam pertempuran yang masyhur dan dahsyat di Tours, satu pasukan Muslimin yang telah mara ke pusat negeri Perancis, akhirnya dipukul oleh orang-orang Frank. Biarpun begitu, hanya dalam tempoh secuwil abad pertempuran, orang-orang Badwi ini -dijiwai dengan ucapan-ucapan Nabi Muhammad- telah mendirikan sebuah kerajaan yang terbentang dari perbatasan India hingga pasir putih tepi pantai Samudera Atlantik, sebuah kerajaan terbesar yang pernah dikenal oleh sejarah manusia. Dan di mana pun penaklukan yang dilakukan oleh pasukan Muslim, ianya selalu disusuli dengan berbondong-bondongnya pemeluk masuk Agama Islam.


Ternyata, tidak semua penaklukan wilayah itu bersifat tetap. Orang-orang Parsi, walaupun masih tetap penganut setia Agama Islam, merebut kembali kemerdekaannya dari tangan Arab. Dan di Spanyol, sesudah melalui peperangan tujuh abad lamanya akhirnya berjaya dikuasai kembali oleh orang-orang Nasrani. Sementara itu, Mesopotamia dan Mesir dua tempat kelahiran kebudayaan purba, tetap berada di tangan Arab seperti halnya seluruh pantai utara Afrika. Agama Islam, tentu saja, terus tersebar dari satu abad ke abad lain, jauh melangkah dari daerah taklukan. Umumnya jutaan penganut Islam bertebaran di Afrika, Asia Tengah, lebih-lebih Pakistan dan India sebelah utara serta Indonesia. Di Indonesia, Agama Islam yang baru itu merupakan faktor penyatuan. Di anak benua India, sebaliknya: adanya agama baru itu menjadi sebab utama terjadinya perpecahan.


Apakah pengaruh Nabi Muhammad yang paling dalam terhadap sejarah ummat manusia? Seperti halnya lain-lain agama juga, Islam mempunyai pengaruh luar biasa besarnya terhadap para penganutnya. Itu sebabnya mengapa penyebar-penyebar agama besar di dunia semua mendapat tempat dalam buku ini. Jika diukur dari jumlah, banyaknya pemeluk Agama Nasrani dua kali ganda besarnya dari pemeluk Agama Islam, dengan sendirinya timbul tanda tanya apa alasan menempatkan urutan Nabi Muhammad lebih tinggi dari Nabi Isa dalam daftar urutan. Ada dua alasan pokok yang menjadi pegangan saya.



Pertama, Muhammad memainkan peranan jauh lebih penting dalam pengembangan Islam berbanding peranan Nabi Isa terhadap Agama Nasrani. Biarpun Nabi Isa bertanggung jawab terhadap ajaran-ajaran pokok moral dan etika Kristian (sampai tahap tertentu berbeza dengan Yudaisme), St. Paul merupakan tokoh penyebar utama teologi Kristian, tokoh penyebarnya, dan penulis bahagian terbesar dari Perjanjian Lama.


Sebaliknya Muhammad bukan saja bertanggung jawab terhadap teologi Islam tapi sekaligus juga terhadap pokok-pokok etika dan moralnya. Tambahan pula dia "pencatat" Kitab Suci Al-Quran, kumpulan wahyu kepada Muhammad yang diyakininya berasal langsung dari Allah. Sebahagian besar dari wahyu ini disalin dengan penuh kesungguhan selama Muhammad masih hidup dan kemudian dihimpun dalam bentuk yang kukuh tidak lama sesudah dia wafat. Al-Quran dengan demikian berkait erat dengan pandangan-pandangan Muhammad serta ajaran-ajarannya kerana dia bersandar pada wahyu Tuhan. Sebaliknya, tidak ada satu pun kumpulan yang begitu terperinci dari ajaran-ajaran Isa yang masih dapat dijumpai pada masa sekarang. Kerana Al-Quran bagi kaum Muslimin sedikit sebanyak sama pentingnya dengan Injil bagi kaum Nasrani, pengaruh Muhammad dengan perantaraan Al-Quran teramat besar.



Kemungkinan pengaruh Muhammad dalam Islam lebih besar dari pengaruh Isa dan St. Paul dalam dunia Kristian digabung menjadi satu. Jika diukur pada sudut agama semata-mata, nampaknya pengaruh Muhammad setara dengan Isa dalam sejarah kemanusiaan.
Lebih jauh dari itu (berbeza dengan Isa) Muhammad bukan semata-mata pemimpin agama tetapi juga pemimpin duniawi. Fakta menunjukkan, selaku pendorong yang kuat terhadap gerak penaklukan yang dilakukan bangsa Arab, pengaruh kepemimpinan politiknya berada dalam kedudukan paling depan sepanjang waktu.


Dari pelbagai peristiwa sejarah, orang boleh saja berkata perkara itu boleh terjadi tanpa kepemimpinan khusus dari seseorang yang mengetuai mereka. Misalnya, koloni-koloni di Amerika Selatan mungkin saja boleh membebaskan diri dari kolonialisme Sepanyol walaupun Simon Bolivar tidak pernah wujud di dunia. Tetapi, jikal ini tidak berlaku pada gerak penaklukan yang dilakukan bangsa Arab, tidak ada kejadian serupa sebelum Muhammad dan tidak ada alasan untuk menyangkal bahawa penaklukan boleh terjadi dan berhasil tanpa Muhammad. Satu-satunya kemiripan dalam hal penaklukan dalam sejarah manusia di abad ke-13 yang sebagian terpokok berkat pengaruh Jengis Khan. Penaklukan ini, walau lebih luas jangkauannya ketimbang apa yang dilakukan bangsa Arab, tidaklah bisa membuktikan kemapanan, dan kini satu-satunya daerah yang diduduki oleh bangsa Mongol hanyalah wilayah yang sama dengan sebelum masa Jengis Khan
Ini jelas menunjukkan beda besar dengan penaklukan yang dilakukan oleh bangsa Arab. Membentang dari Irak hingga Maroko, terbentang rantai bangsa Arab yang bersatu, bukan semata berkat anutan Agama Islam tapi juga dari jurusan bahasa Arabnya, sejarah dan kebudayaan. Posisi sentral Al-Quran di kalangan kaum Muslimin dan tertulisnya dalam bahasa Arab, besar kemungkinan merupakan sebab mengapa bahasa Arab tidak terpecah-pecah ke dalam dialek-dialek yang berantarakan. Jika tidak, boleh jadi sudah akan terjadi di abad ke l3. Perbedaan dan pembagian Arab ke dalam beberapa negara tentu terjadi -tentu saja- dan nyatanya memang begitu, tapi perpecahan yang bersifat sebagian-sebagian itu jangan lantas membuat kita alpa bahwa persatuan mereka masih berwujud. Tapi, baik Iran maupun Indonesia yang kedua-duanya negeri berpenduduk Muslimin dan keduanya penghasil minyak, tidak ikut bergabung dalam sikap embargo minyak pada musim dingin tahun 1973 - 1974. Sebaliknya bukanlah barang kebetulan jika semua negara Arab, semata-mata negara Arab, yang mengambil langkah embargo minyak.
Jadi, dapatlah kita saksikan, penaklukan yang dilakukan bangsa Arab di abad ke-7 terus memainkan peranan penting dalam sejarah ummat manusia hingga saat ini. Dari segi inilah saya menilai adanya kombinasi tak terbandingkan antara segi agama dan segi duniawi yang melekat pada pengaruh diri Muhammad sehingga saya menganggap Muhammad dalam arti pribadi adalah manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

No comments:

Post a Comment

~ SILENT KNIGHT ~

KNOWN IS A DROP, UNKNOWN IS AN OCEAN...!!!